Saturday 17 May 2014

Movie Review (Never Been Kissed)

Cerita ini mengisahkan tentang seorang wartawan yang berusaha untuk mendapat kerjaya sebagai seorang wartawan. Lakonan Drew Berrymore sebagai Josie Geller merupakan copy-editor di Chicago Sun-Times dipandang rendah oleh editornya, Gus (John C.Reilly). Oleh itu Josie ditugaskan untuk menyamar bagi menghasilkan satu berita yang baik. Dia diminta untuk menyamar sebagai seorang pelajar di sebuah sekolah (high school). 

Josie pernah mempunyai pengalaman pahit ketika di zaman persekolahannya. Dia tidak pernah dicium mana-mana lelaki dan telah dibuli serta dimalukan pada malam majlis 'Prom Night'. Pelbagai konflik berlaku disepanjang penyamarannya. Dengan bantuan adik Josie,lakonan David Arquette (Rob)
 telah menyebabkan josie menjadi popular disekolah. Lakonan Micheal Vartan (Sam) sebagai seorang guru bahasa inggeris mendapat tumpuan apabila Sam jatuh cinta kepada Josie. Klimaks cerita apabila penyamaran Josie terbongkar. Sam rasa tertipu dan memgambil keputusan untuk memendam rasa cinta terhadap Josie. Sam patah hati. Di akhir cerita, Josie cuba mendapatkan perhatian dengan menulis cerita dan meminta untuk Sam datang bertemu dengannya. Di situlah dia mendapat ciuman pertamanya. 

Cerita ini banyak menunjukan realiti kehidupan oleh sesetengah pelajar. Kejadian- kejadian yang terjadi apabila kita menjadi popular atau menjadi paling terburuk di sekolah. Cerita ini juga menjadi pengajaran kepada semua lapisan masyarakat kerana kita semua akan menghadapi dunia persekolahan dan pekerjaan. 
Jalan cerita yang menarik dan shot yang menimbulkan emosi sedih dan romantik .



Review screening night ke-3

Apa itu 'screening night'? Bagi saya ini adalah salah satu cara tayangan balik atau publisiti mengenai hasil kerja produksi masing-masing. Selain itu kita semua dapat berjumpa dan mengenali antara satu sama lain. (antara produksi lain)  Bagi saya juga, dengan adanya anugerah yang akan diberi, ini menjadi satu dorongan untuk pelajar bagi menghasilkan karya yang lebih baik. 

Tanggal 16 May 2014, bertempat di Armanda Hotel, Petaling Jaya, pelajar jabatan media telah berjaya melancarkan screening night yang ke-3 di bawah kendalian Dr.Azalan. 87 pelajar telah hadir dan Prof.Dr.Azizah Hamzah juga hadir memberi sokongan. 

Seramai 10 pengarah dan 14 karya telah dihasilkan antaranya filem pendek,dokumentari, PSA, iklan, dan berita.

Anugerah yang disampaikan pada malam itu : 
1. Pengarah terbaik : Syazwan 
2. Suntingan terbaik : 
3. Sinematografi terbaik : Hisyam 
4. Rekaan set dan kostum terbaik : Zahirah 
5. Produksi terbaik : Insp. Petonah 

Anugerah Khas:
Pakaian terbaik (L) : Augustin
Pakaian terbaik (P) : Damia 

Walaupun ada sedikit masalah audio, namun majlis ini berjaya dilangsungkan. Makanan yang dihidangkan juga sedap dan tempat yang selesa. Keseluruhannya majlis ini berjaya mencapai matlamatnya. Majlis di akhiri dengan sesi bergambar.